9.10.11

yang pergi takkan kembali

Semalam hari yang paling sedih buat keluarga. it is unexpected. Mak Lang pergi meninggalkan semua di dunia ini. paling terasa kehilangan arwah, suami dan anak-anak arwah, sangat manja dengan arwah. dan jugak adik beradik ayah yang lain. sebab itu satu-satu kakak dalam keluarga. dan kini tiada buat selama-lamanya.

aku pun terase kehilangan arwah. Mak Lang sangat baik dengan family kami. even family Mak Lang tak semewah mana, tapi setiap kali kami datang, ade je masakan air tangan mak lang. yang paling aku suka, nasi lemak dengan rendang ayam. :')

Mak Lang bukak gerai nasi lemak sendiri. Ramailah pelanggan-pelanggan tetap. dan jugak bila ada nasi lemundi - nasi kombinasi pelbagai jenis daun. kalau bulan puasa pulak, orang tak sabar nak makan pecal dan kerabu :') ingat lagi dulu selalu Mak Lang amik daun pisang dan surat khabar lama dari rumah - buat bungkus nasi lemak.

Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Tiada sakit yang lama, sekejap sahaja. aku rasa, baguslah begitu. betapa mudahnya beliau pergi. Mungkin Allah bagi peluang untuk anak-anak nya terus berbakti dengan keluarga pula selepas selama berpuluh tahun beliau bersusah payah mencari sesuap nasi untuk anak-anak. dan juga mengingatkan kami yang masih hidup, bahawa bila-bila masa sahaja malaikat Izrail datang mencabut nyawa.

Baru aku teringat arwah masa memasak ayam hari tu. masa aku kecik dulu, arwah pernah ajar aku macam mane nak buang lemak ayam yang boleh buat sakit jantung. Juga teringat arwah 2 minggu lepas masa tolong mak Oly berjual - teringat arwah satu-satunya yang meniaga makanan dalam keluarga. Teringat rendang ayam  masakan arwah. hmpph, mungkin tanda yang dia akan pergi dulu

Mungkin sekarang aku masih mampu lagi menaip di blog yang seberapa indah ni, mana tahu esok lusa, aku pula yang mengadapNya, tapi aku pohon, bagi aku masa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa dan membuat amal kebajikan didunia untuk bekalan di akhirat. Dan jika sudah memang takdirku pergi dulu, aku redha. ameen :')


Semoga semua tabahkan hati menghadapi kehilangan ini. Redhakanlah pemergian arwah. dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. InsyaAllah :')

2 comments:

tyra uyura said...

be strong my dear.. :')

aziera tarmizi said...

InsyaAllah. Thanks sayang :')