4.12.12

When life is not on our side

Dah lama kan tak update blog ni, since i've been addicted to twitter. tah la, the mood of writing and mumbling to tak datang, and nothing much happen dua-tiga menjak ni. I live in lifeless world. begitulah.

Alhamdulillah, aku dapat 4.00 masa last semester diploma aku hari tu. and dapat Anugerah Naib Cancelor (ANC). syukur pada Allah. 

tapi masa tu, takdelah aku rasa happy sangat. biasa-biasa je. bukan aku nak cakap besar, or aku dah cukup terror, tak. tapi feeling rasa nak happy-happy dengan apa yang aku dapat tu tak sampai. I just tot of apa yang aku dapat ni berbaloi lah dengan tak tidur malam kejar assignment,  study apa semua. just that. feeling of celebrating tu tak sampai sangat. and tak rasa I'm top of the world pun.hahah

sebab aku takut, kalau happy sangat, kita akan cepat lupa diri. sebab aku pun manusia biasa-biasa. perjalanan masih jauh lagi. Diploma is just a kebangkitan lepas aku alami zaman kejatuhan 2009-2010 dulu.

pahit untuk diingati.

and I'm now, all alone. Tengah berusaha mendapatkan lesen kereta/motor. Even semua orang macam tak yakin dengan aku. takpe, aku akan cuba sedaya upaya. semua pun aku buat sendiri, tercangak-bangak dekat kelas driving license macam loser sebab tak tau apa-apa unless the road signs part. yang tu tau lah jugak. dari register semua buat sendiri. 

yelah, BERDIKARI. yelah.

Sometimes, I'm tired of being independence. I want someone to hold on, to share, be my saviour, and everything. tapi Tuhan tu Maha Mengetahui kan. mungkin satu hari.

Mungkin ada orang cakap, best jadi kau kan, kau boleh pegi mana-mana, kau nak study apa. Actually I'm tired of having this kind of life. macam orang lepas tangan kat aku buat semua sendiri. and I have to ask people whether apa yang aku buat ni betul ke tak. and no one *kalau ada pun, jarang-jarang tanya yang aku how's my life, what is my problem. and end up aku rasa menyusahkan semua orang. aku rasa aku ni just beban je kat semua orang. sad life, I know.

Kadang aku deny perasaan sedih tu dengan involve dengan macam-macam. I do instagram, memasak, kemas bilik, decorate, layan Runningman just nak deny perasaan bukan-bukan yang datang kat aku. aku just rasa, life is not good to me right now. 

Dan sebab tu jugaklah, aku jarang share masalah aku dengan orang sekarang ni. Kalau aku terasa pun, just cakap, aku okay, takde pape. and I keep wanting someting/someone I dont belong to.

I'm tired. F tired.

And sekarang lagilah aku takde buat apa kat rumah ni. Bukan aku tak cari kerja. macam-macam tempat dah tanya. Semua ada tampal "Jawatan Kosong." tapi bila tanya semua takde. semua dah penuh. semua taknak part time. haihh, tah la. upset with all of these.

Dan sekarang aku dah tak boleh hidup sorang. Aku rasa kosong sangat. Paling tak pun, aku gi kacau SS, even dia busy dengan research, dengan kawan-kawan foto dia. Aku tau dia busy. aku kena faham. Lagipun kitorang kawan kan, nak kacau lebih-lebih, dia bukan aku punya.

Am pun dah habis training polis dia. dengar cerita, dah nak kahwin dah kawan aku sorang tu next year, Alhamdulillah. Sejak dia dah boleh pakai handphone ni, adalah jugak 2-3 text/call. Rindu aku lettew. haha.
Moga kau bahagia dengan Kema ye Am. nanti dah balik Langkap, jangan lupa usha blog aku ni ;)

Aku teringin nak bercuti sebenarnya. ye, memang aku tengah cuti sekarang ni, means, having vacation or backpack sorang-sorang. nak mencari diri yang hilang. Kekuatan aku. Keyakinan aku. Kebahagiaan aku. tapi buat masa ni, kewangan tak mengizinkan. Doakan rezeki aku murah ye. 

I'm not strong enough, you know. I am not.

Aku dah private balik twitter aku. Rimas sebab orang suka stalk ni. Pegi mampus lah dengan hidup aku, sape aku nak kawan, sape aku nak sweet-sweet, apa aku nak suka. Kau jeles, pegi jelah mintak.
Do I care? F NO. 

Ye, aku tau. aku emo. and tak sepatutnya aku emo. tapi aku rimas dengan manusia macam tu. 
And aku, sebagai seorang yang sama jantina dengan perempuan tu, aku tau hidden agenda dia. Bukan nak cakap aku ni mind reader or serkap jarang, but do remember, I have strong intuitive. Heart doesnt lie. Mouth does.

Sorry for update yang panjang berjela ni. aku takde sape-sape nak luahkan apa aku rasa. Dengan diri sendiri, dengan blog ni je yang ada untuk aku. and mungkin dua tiga orang yang usha blog aku. 
Terima kasih sebab sudi baca.  


Doakan aku bahagia. Tu je.

2 comments:

Nino said...

Hi..

Blog walking here.. dan terbaca.. cheer up.. ^^ come, lets make new friends.. mungkin ada rezeki lain dengan kenal ramai org.. :)

add me on FB: Alinfad NZ
jemput singgah blog: tot-nza.blogspot.com

Rara said...

hye dear. sorry for a very late reply. and thanks for the advise. yeah, it's true that ada rezeki lain kan dengan kenal ramai orang :') really appreciate it :)

added already :)