16.11.11

Esok; HARI PENENTUAN


esok 17 November 2011 dah, pejam celik pejam celik dah half november dah kan. rasa baru lagi. well, akhir zaman, masa berlalu unnoticed. and for adik-adik standard six, mesti dah cuak tak lalu makan bermuram durja menanti keputusan UPSR esok kan. tapi adik gundut aku tu aku tengok relax je.hahah. Even dalam facebook, status lima A akan ku genggam lah, apalah -.- btw, praying her all the best. bak kata adik kat bawah ni;






haa kau, siap conteng tangan dapat 5A. bila ingat-ingat balik zaman UPSR ni, Alhamdulillah, Allah tu Maha Pemurah sebab bagi aku rasa mengenggam 5A in UPSR. dua tiga hari sebelum result tu, MasyaAllah, cuak nya hanya Tuhan yang tahu. berbekal pesan makcik, amalkan surah Ar-rahman tiga kali selepas maghrib setiap hari, dan tawakkaltuA'lallah, Alhamdulillah, 5A juga digenggam. well, cikgu masa bagi result tu konon-konon la cakap kita tak dapat, tapi Alhamdulillah, dapat jugak. and when my ma arrived at school that time, terus dia peluk cakap tahniah *well, anak first ni memang excited lebih sikit.haha. siap kena gelak sebab mama aku masuk kelas terus peluk aku depan kawan-kawan. ada lah dua tiga budak laki kelas tu dah senyum sumbing dah.hampeh.haha

masa lepas UPSR tu, kadang-kadang kalau terlintas dalam hati pasal result yang akan diterima, terus doa dalam hati supaya pemeriksa tu murah hati nak bagi markah lebih and rasa seronok nak tanda kertas kita. ni aku amalkan. up till now, even in uitm.

and masa dah nak result ni lah akan ada mesej-mesej berantai akan kembali popular. konon if tak sebar nanti jadi mudarat dekat kita,or sumthing yang tak best akan jadi. so berduyun-duyun lah dapat sms *especially time PMR sebab time tu dah ada handphone.hehe* mesej berantai tu dari kawan-kawan seangkatan. aku tak berani nak kata benda ni betul atau tidak, tapi jika kita yakin dengan usaha dan tawakkaltuA'lallah, InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita usahakan, even tanpa menyebarkan mesej-mesej berantai ni yang kita tak pasti kebenarannya. *well, Alhamdulillah, PMR pun merasa genggam 8A ;) and err, cuma time SPM, Allah tarik nikmat dapat straight A's, tapi still aku bersyukur Allah still bagi aku peluang untuk tingkatkan performance aku dalam study. Alhamdulillah ya Tuhan :')



Okay, untuk adik-adik, teruskan berdoa okay. ada masa lagi ni nak doa. mana tau entah-entah malam ni doa kita tu dimakbulkan. mana tahu kan. takdir Tuhan ;)







p/s: esok kalau rajin aku update lah adik aku dapat berapa.haha
 

No comments: