17.3.12

One last.

Assalamualaikum awak,
mungkin awak akan, or maybe terkejut dengan kehadiran post ini
cuma, dah banyak kali saya ingin berbincang,
awak cakap awak tak mampu
awak takkan ter-cakap bukan?
bukan bermaksud nak malukan awak,
cuma ini sahaja ruang, 
untuk buat awak faham

ini bukan fikiran singkat.
bukan atas dorongan amarah
acap kali difikirkan
keputusannya tetap sama
saya tak sesuai bersama dengan awak

mungkin awak kata "saye tahu saye teruk."
tak, saya tak pernah fikir awak macam tu,
saya pun ade teruk-nya
tapi at least, effort tu ade kan
saya baiki sikit-sikit
bukan nak jadi terlalu flawless, 
tapi saya nak sejuk mata awak memandang,
mungkin awak tak nampak semua tu
maaf.

mungkin awak kata "saya lagi suka awak tak make up, natural"
tapi awak, 
saya tahu saya tak mampu lagi jadi wanita solehah 
untuk tutup aib saya dengan hanya bermuka natural
tapi tolong terima saya
saya dah dibiasakan dari dulu macam tu,
bila awak nak saya terus jadi natural macam tu,
saya terasa, saya rendah diri,
saya tak boleh terima teguran macam tu,
sekali lagi, maaf.

setiap kali jumpa awak
i really try my best
so at least saya nak dengar "awak cantik hari ni"
tapi tak, 
saya tersalah kiraan
sekali lagi, maaf.

mungkin awak akan kata "maaf, saya salah"
bukan tu yang saya inginkan
kerna saya dah lali dengan kata-kata maaf
sebab? awak akan ulang lagi benda tu.
awak akan bagi perit lagi
sekali lagi, maaf

mungkin saya bukan yang sempurna
mungkin saya bukan yang baik
mungkin saya bukan macam yang awak nak
tapi maaf,
setelah hampir dua tahun,
bukan jangka masa yang pendek,
awak masih bukan macam yang saya nak.
maaf

bukan saya nakkan yang terlalu sempurna,
bukan kerna saya terlalu didongengkan dengan kisah cinta,
tapi,
biarlah yang boleh menggembirakan,
yang boleh kongsi suka duka
yang boleh pujuk ketika saya berduka
yang boleh menerima diri seadanya,
yang boleh beri pujian seikhlas hati
yang boleh jadi peneman ketika susah
yang boleh teman ketika study
yang nak share susah senang dia
yang nak share dia nak kemana
maaf, sekali lagi.

mungkin awak akan kata "maaf, saya tak romantik."
tapi at least boleh cuba kan?
and perempuan memang idamkan begitu kan?
kalau betul awak cakap awak sayang saya,
mesti awak try your best kan?
macam i try my best.
tapi saya tak nampak effort awak
saya tak rasa
sekali lagi, maaf.

acap kali saya bagi peluang
one last chance, one last chance
tapi yang makan hati, saya
yang berendam air mata, saya
yang telan rasa perit, saya
yes, saya.

jika awak marah dengan saya, silakan
jika awak benci dengan saya, silakan
jika awak sedih dengan saya, silakan
sebab semua tu setanding dengan apa yang saya rasaa
bukan hendak membalas
tapi biarlah awak rasaa apa yang saya rasaa
saya taknak jadi palsu
hanya gembira gelak ketawa
saya nak awak rasaa sedihnya saya.
sekali lagi, maaf.

kawan-kawan pun kata,
"kau terlebih sayang kat dia, ziera. sebab tu kau sakit macam ni"
"kau sayang dia, tapi dia tak sayang kau macam kau sayang dia."
saya hanya mampu senyum
sambil kata
"just go with the flow, aku dah tak larat. sungguh."

bukan mereka tu menghasut, 
tak
tapi tu yang saya rasa
mereka terjemahkan untuk saya,
yang buat saya fikir,
ya, ada betulnya. 
mungkin masa silam, 
yang buat saya rasa takut kehilangan
sebab saya tahu,
saya tak mampu
untuk hilang lagi.
sebab tu, saya masih tahan.
tahan.
tahan. 
tahan.
sampai tak mampu lagi.
sekali lagi, maaf.

Mungkin kawan awak kata,
awak setia
layankan,
tapi awak,
setia tak bermakna,
kalau awak simpan sendiri makna setia
kalau awak simpan sendiri makna sayang
perempuan,
tak faham dengan semua tu


 maaf, untuk kesekian kalinya.


"Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar." (Najwa Latif, Kosong)  

yang sebenar-benarnya,
SAYA.

7 comments:

am said...

hebat zira !!!!

aziera tarmizi said...

:')

am said...

hebat zira !!!!

am said...

hebat zira !!!!

am said...

hebat zira !!!!

liyana said...

sabar. aku tw ko sgt2 syg dy. if ada jodoh x kemana. aku ttp ade utk ko. kuat sygg. esok eco.

liyana said...
This comment has been removed by the author.