5.8.12

Eternal change

Aku baru on the way menghabiskan karya-karya Hlovate. sorry dua-tiga hari ni if korang annoying dekat twitter aku update pasal Hlovate je. hehe. tah, aku memang jatuh hati dekat Hlovate since aku dikenalkan dengan Tunas, Aa+Bb and so on, and on. Lama jugak nak mengumpul. and sanggup aku beli lagi sekali novel Gurindam Jiwa yang ada cerita Schubert's Serenade tuu time dapat baucer buku hari tu sebab buku lamaa tah kemana.

sebab apa aku addicted ?

karya dia lain macam dia punya effect.and makin lama,makin ter-isi. Alhamdulillah.
Mind you, bila orang tanya kau tengah buat apa?, baca novel. orang akan skeptikal plastikal cakap aku layan cerita jiwang, cerita cinta. Memang, novel tu tak lari dari cerita lovey dovey macam tu, tapi lagi bagus kalau lovey dovey tu bukan hanya antara manusia. kurang-kurang, baca pun dapat pahala, kan?

and Hlovate bukan cara dia sampaikan 'dakwah' dengan hanya memberi ayat-ayat kosong. tak, dia selam, and ayat dia pun simple je.kena dengan jiwa. aku pun bukan jenis yang suka baca ayat skema kalau bab nasihat-nasihat ni. kan aku dah cakap, nak tegur aku ada cara.

bukan based on YOUR life experience,
bukan based on what YOU read,
bukan based on what YOU think

dengar cerita aku, dengar masalah aku, dengar apaa aku nak spill.
then, nak cerita, cerita laa. tapi tolong, aku dengan kau, makhluk yang berbeza, memandang kehidupan dengan perspektif berbeza, told ya.

cerita hlovate, dari budak street, dari artisan yang biasa-biasa, dari engieer minyak study kat UK, dari budak CBN, dari budak punk, hardcore, boleh berubah 450 degree kepada budak stok-stok bagus. yang tak judge orang by it's cover. bukan aku nak tentang stok-stok bagus pakai comel-comel tutup aurat ni, tapi kadang-kadang, mereka pandang kita yang biasa-biasa ni macam teruk sangat. at least, try tarik cara halus, lama-lama kita akan tersegan sendiri tak sebaik awak-awak sekalian.

Mentaliti perlu diubah.

aku teringin jumpa
manusia seperti Sister Jasmin dalam Versus
manusia seperti Wak Duku dalam Rooftop Rant

aku harap sangat, one day, lagi banyak karya macam ni dari Hlovate. and aku harap sangat, aku boleh jumpa dengan dia. somehow, aku rasa aku kenal Hlovate ni even dari sikap rendah diri dia yang tak expose identiti. These kind of authors that Malaysians need right now, urgently.


Sekian. Assalamualaikum dan Salam Nuzul Quran :)

1 comment:

Shah Min Ho said...

suka membaca jugak..baca lah 7 hari mencintaiku <3